Posts

Muka Utama

Selamat Datang (Welcome)

Image
Selamat datang ke laman blog Persatuan Penduduk Serenia Anira (Serenia Anira Resident Association), Bandar Serenia, Sepang, Selangor. Laman ini disediakan untuk perkongsian maklumat mengenai Persatuan Penduduk Serenia Anira, penganjuran aktiviti persatuan dan hebahan maklumat kepada penduduk Serenia Anira.  Laman ini mula diwujudkan pada 19 Disember 2024.

Barisan Jawatankuasa Persatuan Penduduk Serenia Anira Tahun 2026/2027

Image
  Barisan Jawatankuasa Persatuan Penduduk Serenia Anira yang telah dilantik bagi Sesi 2026/2027 adalah seperti berikut: Senarai lengkap Jawatankuasa Persatuan Penduduk Serenia Anira bagi sesi 2026/2027 adalah seperti berikut: 1) Pengerusi - Rajkumar A/L Kumar 2) Timbalan Pengerusi - Shasi Rao A/L Gsangaya 3) Setiausaha - Mohd Hasiady Bin Yasin 4) Penolong Setiausaha - Nur Aliaa Binti Mohd Ezanee 5) Bendahari - Mohd Nor Syamil Bin Mazlan Sepuluh(10) orang Ahli Jawatankuasa Biasa 6) Andrew Lai Tak Loong 7) Sharul Nizam Bin Shafiei 8) Mohamad Fadzli Bin Mohd Badron 9) G.Aravin A/L Guna Segaran 10) Lau Chi Leong 11) Lau Yun Wei 12) Norsalwah Binti Omar 13) Vinod A/L Subramaniam 14) Yahya Bin Ismail 15) Bremah Makalingam Dua(2) orang Juru Audit Dalam 1) Dr. Zaid Mujaiyid Putra Bin Ahmad Baidowi 2) Ahmad Bukhori Bin Najmi

Majlis Potluck Gong Xi Raya Serenia Anira Tahun 2026

Image
 Majlis Potluck Gong Xi Raya Serenia Anira Tahun 2026 telah diadakan pada 11 April 2026. Alhmadulillah majlis meriah dengan kehadiran penduduk Serenia Anira yang terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa.

Pemeriksaan Bernotis Persatuan Penduduk Serenia Anira Bagi Pemantauan ke atas Pertubuhan Dalam Kategori Sosial

Image
Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari Persatuan Penduduk Serenia Anira telah hadir ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan Negeri Selangor pada 10 April 2026 (Jumaat) bagi memberi keterangan mengenai aduan yang dikemukakan oleh penduduk mengenai pengurusan persatuan. Alhamdulillah pihak ROS mengesahkan pengurusan persatuan adalah mengikut perlembagaan dan undang-undang sebagai sebuah pertubuhan.

Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk Serenia Anira Kali Pertama

Image
Kepada  Semua Ahli Persatuan Penduduk Serenia Anira YBhg. Dato’/ Datin/ Dr./ Tuan/ Puan, MESYUARAT AGUNG PERSATUAN PENDUDUK SERENIA ANIRA KALI PERTAMA Dengan segala hormatnya dimaklumkan mesyuarat tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:- Tarikh : 11 April 2026 (Sabtu) Masa : 9.00 Pagi hingga 12.00 Tengahari Tempat           : Taman Permainan, Serenia Anira 2. Agenda mesyuarat tersebut ialah:- 2.1 Ucapan Aluan Pengerusi Penaja Persatuan Penduduk Serenia Anira 2.2 Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti Tahun 2025 2.3 Membentang dan Menerima Laporan Kewangan Tahun 2025 2.4 Menerima dan Membahaskan Usul 2.5 Membentang Pelaksanaan Kawalan Keselamatan Serenia Anira  2.6 Pembubaran AJK Penaja dan Pelantikan AJK 2026-2027 2.7 Ucapan Penangguhan dan Makan Tengahari 3. Sebagai peringatan semua ahli hendaklah menjelaskan yuran tahunan sebanyak RM50.00 sebelum 31 Mac setiap tahun melalui aplikasi iCARES.  4. Ke...

Penggunaan Aplikasi iCares di Serenia Anira mulai 12 Disember 2025

Image
Komuniti Serenia Anira, Bandar Serenia, Sepang, Selangor telah menggunakan aplikasi iCares untuk kemudahan residen keluar masuk, pendaftaran tetamu, pendaftaran kenderaan, pengurusan bayaran kawalan keselamatan bulanan, patrol (rondaan oleh pengawal keselamatan) dan lain-lain. Aplikasi ini mula dilancarkan secara Pilot Run mulai 12 Disember 2025 . 

Kerja-Kerja Pemasangan Barrier dan ANPR di Pondok Pengawal Serenia Anira

Image
Persatuan Penduduk Serenia Anira sedang melaksanakan pemasangan barrier dan ANPR di pondok pengawal Serenia Anira untuk kemudahan penduduk pada masa hadapan. Kerja-kerja ini bermula pada 18 Disember 2025 dan dijangka siap pada 1 Januari 2026. Kerjasama penduduk untuk mematuhi papan tanda keluar dan masuk amatlah dihargai. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Majlis Potluck 2.0 Serenia Anira

Image
Majlis Potluck Anira 2.0 telah diadakan pada 29 November 2025 jam 8.00 malam bertempat di Taman Permainan Serenia Anira.